Kontijen Olahraga SKTKK 2013

 Pemenang Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Utara
 Atlet SKTKK yang memenangi acara Balapan dan Padang MSSJ di Muar
 Naib Johan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Utara 2013
 Peserta terbaik bawah 10 Tahun MSS Zon Utara (Hakimi)
 Pingat Gangsa acara 200 meter Lelaki 10 (Hakimi)
 Pingat Perak acara Lompat Tinggi Lelaki 12 ( Fakrul Razi)
Zon Utara Johan Keseluruhan MSSD Kulaijaya 2013

Jom pakat ramai-ramai datang ke Hari Keusahawanan SKTKK 2013.
Pada 14 dan 15 JUN 2013
Bersama Artis Jemputan, Tasha Manshahar

Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik Di Seluruh Dunia

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA


MAKLUMAT TAMBAHAN - PERHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR.

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Tuan.

MAKLUMAT TAMBAHAN - PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR.

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman semua, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang berbincang bersama penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad dan Syarikat Goverment Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) berkaitan penawaran pekej jalur lebar khas untuk kegunaan pihak sekolah. Antara kandungan pakej jalur lebar yang ditawarkan ialah keselamatan rangkaian, data, antivirus, proses penapisan kandungan di pintu masuk (gateway), pertambahan kelajuan dan sebagainya.

3. Sehubungan itu, pihak JPN Johor memohon kerjasama semua sekolah Negeri Johor membuat penanguhan sementara untuk mendaftar mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk kegunaan talian internet di sekolah. Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) akan mengadakan penerangan ke setiap daerah berkaitan tawaran pakej khas untuk semua sekolah.

4. Buat masa ini, perkhidmatan talian schoolnet belum ditamatkan dan perbekalan dilanjutkan sementara dalam tempoh dua minggu pertama bulan Januari 2011. Garis panduan pemasangan talian internet seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

5. Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2332237 atau berhubung dengan Penolong PPD (Teknologi dan Maklumat) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Segala kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sumber: Portal Rasmi jabatan Pelajaran Johor

Selamat Kembali Ke Sekolah 2011

Kepada semua pelajar SK Taman Kota Kulai, selamat kembali ke sokalah pada sessi 2011 dan selamat belajar.

Hayatilah Erti Kemerdekaan.

Marilah sama-sama kita menghayati erti kemerdekaan negara kita. Kita sudah mengecapi kemerdekaan selama 53 tahun.Kami warga SK Taman Kota Kulai mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53.